Masak Taucu, used to be one of my childhood favourite food. Satu lagi family's punya fav, telur masak kicap & tomato. Kalau makan ngan nasi panas-panas, pastu mama atau abah suap, memang selera sungguh...huhuhu! Yelah parents bz, anak burung ramai yang tengah lapar, jadi inilah makanan cepat dimasak dan sedap dimakan, ahhh yes maggie pun include in the family's menu...hahaha!
Dulu-dulu, mesti setiap hari masak nasi dalam rice cooker BESAR ada dalam 6 pot, sebab tengah aktif dan asyik lapar nak makan jer. Pagi, tengahari, petang, malam makan nasi jer kerjanya. Sekarang, masak nasi satu family adalah dalam 3 pot jer. Nak kata diet tak jugak, cuma selera makan taklah segila macam dulu.
Back to taucu, so since last week dah siap beli ikan, terung nak masak. Hasilnya seminggu kemudian...hihihi...tadi baru masak. Taklah susah mana, cuma taucu tak ada, misi terpaksa ditunda.Dulu-dulu, mesti setiap hari masak nasi dalam rice cooker BESAR ada dalam 6 pot, sebab tengah aktif dan asyik lapar nak makan jer. Pagi, tengahari, petang, malam makan nasi jer kerjanya. Sekarang, masak nasi satu family adalah dalam 3 pot jer. Nak kata diet tak jugak, cuma selera makan taklah segila macam dulu.
Kuah Taucu...
Biasanya mama akan curah kuah taucu siap-siap ke atas ikan gelama goreng dan terung goreng. Tapi kita tak suka sangat sebab benda yang dah goreng jadi lembik dan tak rangup. So, kuah diasingkan.
Ikan gelama yang selalu digunakan oleh mama untuk masakan nih. Tak tahu apa sebabnya, jika nak guna ikan lain pun boleh. Ikan bilis goreng pun jalan.:)
Untuk taucu pula, mama cakap botol cap gajah paling sedap. Tapi tadi pergi beli tak jumpa pulak, so opt to Yeos, sedap jugak not bad. Pastikan nampak kekacang soya nya, jangan ambik 100% paste. Taucu nih kena careful sikit, sebab sedikit masin. Tadi pun buat kuah semangkuk sederhana, ambik dalam 1-2 sudu besar.
Sapa yang dah rasa puas makan kat kedai (nampak sangat muka kedai jer tiap2 hari), nak benda berkuah yang simple dan suka makan taucu, memang boleh try masak kuah taucu ni. So, it's time for sharing is caring, here is the recipe:

Kuah Taucu
Bahan-bahan:1-2 sudu besar taucu (Botol Yeos-Kacang Soya Bergaram)
1 Bawang merah, 2 bawang putih
1/2 inci halia
Cili padi
Sedikit kiub pati ikan bilis
Gula
Cara-cara:
1. Tumis semua bawang, halia, cili padi dalam minyak bekas goreng ikan. Sikit je minyak setakat nak layurkan bahan tumis.
2. Masuk taucu, kacau sebentar,
3. Masuk kiub pati bili dicampur ngan air.
4. Tambah air, ikut selera.
5. Masuk gula sikit.
6. Biar gelegak kejap, and siap!

0 comments:
Post a Comment