Showing posts with label ~Cook Lover~. Show all posts
Showing posts with label ~Cook Lover~. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Workshops, Chicken Claypot and Mee Goreng Mamak...

As an employee in an organization, attending training workshops, seminars or conference is a must. Yea...kita mesti biasa dengar for upgrading knowledge and skills lah, networking lah, penuhi KPI lah. Kalau workshop FOC, lagi besh sebab makan pun FOC!

About the workshops, huh...sapa kata besh pergi workshops? Kejap-kejap belek jam, ishhh...kenapa la jam aku lambat tul gerak hari nih. Paling boring if the training sampai 2 hari atau seminggu...argghh....malasnyer!

So, last Nov & Dec, untuk memenuhi KPI , myself & Enna for end of the year, we attended two workshops. The first intention, of course to fulfill KPI (ni case tak pernah pergi training langsung dalam setahun), get attendance certificate, makan and blah.

However, these two workshops really changed our perception on many things! Since we are teachers and exposed to public speaking, handling students in class, so training kali nih memang sangat menarik, tak boring and we learnt lots of valuable things.

-----------------------------------------------------------------------
Fall In Love with Teaching

This one day training was conducted at Cyber on Friday. Sanggup lah kami berdua turun Cyber, alang-alang boleh terus cuti straight kan.

Trainer was Dr. Rodzelan from UPM. He was such a funny guy, shared lots of his experiences in education field, how to treat students with many kind of characters or how to make our classroom alive!


Teacher is an entertainer. Entertainer? Yup, a teacher must know how to entertain students. Macam-macam kita boleh buat. Bukan hanya duk tercegat kat depan bagi lecture. Just forget about all the rules, have fun with your students.

Definition of rich. How do we describe rich? Money? That's how we describe rich? Rich can be anything. He said, he is rich coz sampai sekarang dia still ada parents untuk dia jenguk kat kampung, ada wife and childrens.

Grades. Is it important to you? Do grades equal to brilliant or success? Dan macam-macam lagi cerita, nasihat yang diberi. Macam mendengar seorang ayah bagi nasihat kat anak pun ada.

---------------------------------------------------------------
CHAMPS

Wow, apa itu CHAMPS? The program was basically on how to be a good trainer. If nak adapt for our own classroom, to our students pun no problem.

C - Creating Conducive Learning Environment
H - Hyping Audiences Interest
A - Approaches in Delivering Training
M - Managing & Delivering Training Session
P - Practicing Training Tools & Techniques
S - Summarizing Training Session


Rather than talk, talk, talk all the day, our training class turned as a playground. Playing lots of interesting games, buat blood-circulation exercise, playing jokes, brain-teaser, riddles...memang best sangat!

My medal, dapat gelaran "Datuk Seri" dan bintang-bintang darjah kebesaran...;)

How to make friends by using SALAM MESRA!

These two days workshop memang tak membosankan langsung. Apatah lagi diringi dengan lagu tiupan saxophone Kenny G, layan....

------------------------------------------------------------
Food, Food, Food

Ok, nih entry tambahan untuk memanjangkan entry pada hari nih. So, layan...

Chicken Claypot kat Jusco, Ayer Keroh. Dah banyak kali makan, baru nak letak gambar, sebab rasa macam cantik je shot yang kita ambik...heee!

Mee Goreng Mamak. Hey tolong yer, masak sendiri tau kat Puchong. Sampai dua kali masak sebab Enna kesedapan sangat. Bayangkan Enna breakfast, lunch and dinner benda ni saja the whole day!

Mee Goreng Mamak Sempoi

Bahan-bahan:

Mee Kuning
Bawang Putih
Cili Padi
Daun Kari
Isi Ayam
Telur
Daun Kari
Kicap
Sos tomato

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang dan cili padi.
2. Tumis No. 1 sampai wangi, masukkan isi ayam biar separuh masak.
3. Then masuk kicap, sos tomato dan daun kari.
4. Masukkan mee, kacau sebentar. Rasa tawar, masuk garam sikit.
5. Masukkan telur kat tepi, dekat separuh masak, gaul dengan mee.
6. Siap! Ngap!

Monday, November 22, 2010

Ayam Kampung Black Pepper Berserai...

Haa...ini adalah satu lagi resepi ciptaan aku the trial and error selepas ayam remsos. Resepi ni terhasil sebab tiba-tiba perut lapar, semua makanan mama masak dah habis dibaham oleh yang lain, nasi ada lagi banyak dalam periuk, nampak ayam kampung kat sink tak masak lagi dan dapur bersih semacam jer macam menjemput aku mengotorkan balik...heee!

After mintak mama's permission nak guna ayam beberapa ketul untuk experiment gila aku, terus aku cari bahan-bahan nak masak. Owhhh...ada sepeket besar lada hitam. Giler apa beli dekat setengah kilo lada hitam. Ok, black pepper into the list.

Owhhh...ada beberapa batang serai yang bulat-bulat semuanya. Carrot, tomato dan cili padi segar pun ada yang baru dibeli di Pasar Borong dekat rumah.

Pergi bahagian sos-sos dan kicap, owhhh...ada kicap ABC, ok semua masuk list.


Selepas bertungkus lumus memasak dalam 20-30 minit, siaplah untuk dimakan. Owhhh...best jugak rupanya...pedas bagi lebih biar lebih kick. Tapi kalau aku sorang jer cakap besh mesti orang kata syok sendiri. So, aku pergunakan Kamal yang kebetulan lapar macam aku untuk try makan.

Pergh...sedap giler kau masak Izza, boleh aku tambah nasi lagi? Antara ayat-ayat Kamal yang membuat aku tersengih kejap, hahahah! So, as conclusion menjadi jugak resepi aku nih kan. Nice...nice. ;) Jom kita lihat resepi!

Ayam Black Pepper Berserai

Ayam
Bawang besar hiris
Carrot
Tomato
Kicap manis dan masin
Air asam jawa
Garam dan gula (in case needed, sebab dah guna kicap)
Daun bawang dan daun ketumbar

Bahan-bahan blend:
Lada hitam
Serai (bahagian bulat tu jer ambik, batang ketuk masuk dalam masakan)
Cili padi
Halia
Bawang merah dan putih

Cara-cara:
1. Tumis bahan blend sampai naik bau.
2. Masuk ayam, gaul dan masak hampir separuh masak.
3. Masuk air asam jawa, kicap, carrot, garam dan gula.
4. Nak dekat masak, masuk tomato, bawang besar dan daun bawang dan daun ketumbar.
5. Masak sebentar, kalau nak berkuah, boleh tambah air sikit.
6. Siap! Ngap!

Sunday, November 21, 2010

Bedroom story, Nandos, Daging Goreng Kunyit Basah, Enna's "Bacon", Huda's Trifle, and Kacang Phool@Foul and Otak-otak at Larkin...

We've (Me & Enna) been in Austin for 5 own sweet days for relaxing, sleeping, eating, shopping again...hahaha...but not as heaven as TAR, cooking, cleaning my dusty bedroom...bla...bla...bla...


One of my best snapshot at my dressing table...

My room, owhh my...dah macam sarang tikus! Last few weeks, the house was under wiring construction. Abah cakap, ada problem masa buat wiring dulu. So, banyak plag, suis kena tutup temporarily. So, mama and abah pun berkampung kat bilik aku kat bawah aka guest room bila aku tak ada. Setiap kali balik memang totally disaster dan kesian pun ada tengok table lamps bersawang, sana debu, situ debu. Ditambah lagi, bilik tu ala-ala gua, coz no direct sunlight (cuaca panas ker, hujan ker...sejuk je memanjang) habis cadar-cadar putihku bertukar kekuningan dan kehitaman. Nampaknya kena beli cadar baru lagi dan mungkin terpaksa lupakan untuk pakai those heavy quilts. Beli cadar cotton biasa pun dah cukup.

My dressing table...huhuhu...sampai kendur structure table tu for placing lots of heavy things on it. Nak buat camner, dah beli perabot murah macam tulah jadinya. Bayangkan, dah sampai tak nampak cermin nak tilik muka, penuh dengan kotak-kotak tisulah, beg-beg plastik souvenirs dari abah yang...hai...kuat fly all over the world sekarang nih, belum tambah dengan barang kecantikan mama yang pelbagai...mana tak kendur meja tu, nasib baik tak retak jer...huhuhu!

Jadi ku clearkan semuanya, trim balik bunga hiasanku, tukar cadar baru yang memang tak sinonim langsung dengan tema bilik...yang penting it must be clean and clear!

-----------------------------------------------------

Ok, the next pic, tak ada kena mengena dengan cerita kat Austin. Saja nak letak gambar pergi makan Nandos kat Jusco, Melaka jer. Nothing special, cuma time tu hujan je tak henti-henti. Musim ramai orang sakit tekak, batuk, selsema, demam. We (Me, Enna & Fuji) had our dinner here coz it's much more cozy rather than dinner kat kedai-kedai open air kat luar. Pastu, duit gaji pun macam masuk lebih je bulan nih...hehehe, so bolehlah pergi layan Nandos.


My dinner plate and my hot tea...

Cam biasa, semua order quarter chicken with two sidelines. Mine, cam biasa rice and chips. Enna, gedik sikit, time sejuk-sejuk nilah dia nak order mango smoothies. Fujie, orang selsema teruk malam tuh (keesokannya terus MC sebab demam), order hot tea macam kita jugak.

---------------------------------------------------

Back to Austin, my cooking mood is back! Tapi masak simple-simple je lah. Kebetulan kitaorang tolak dari Melaka ke Austin lewat masa Raya Haji day, orang surau depan rumah bagi daging korban sikit. Jadi buatlah daging goreng kunyit basah kat Austin. Resepinya kita letak part last sekali.


Dua kali round masak benda nih... kesedapan punya pasal.

Bila dah nama pun daging fresh, tak payah masak cerewet-cerewet sangat, buat masak macam nih pun dah menyelerakan. Mula-mula ingat nak serahkan tugas memasak ni ke Enna. Dan inilah hasilnya bila Enna memasak daging goreng kunyit version Enna...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Enna's "bacon"!


Akhirnya, guna Enna's "bacon" for garnish. Hampeh tul budak nih.

Aihh...dia pergi goreng daging tu macam nak buat ayam goreng lah pulak. Nasib baik tak digorengnya semua, kalau tak hancus daging korban aku. Kalu bakal "tok tuo" kelih, antaro duo nok wat "nantu" ko dop nih. Tibo-tibo bunyi kelate pulop doh. Hahahah! Jadi tugasku, kenalah ajar budak ni masak daging goreng kunyit basah. Tengok betul betul, next time aku order suruh masak, kena masak macam nih! Enna dengan muka sedih pun mengangguk, "Yes Chef!"

-----------------------------------------------------

We fetched Huda at Larkin bus station on Saturday evening. Budak HSBC nih susah sikit nak dapat cuti macam budak MMU, jadi dia boleh turun time weekend jer. Oooppss lupa pulak nak wish mama for her 54th birthday on last 18 Nov. Itulah antara sebabnya kitaorang ambik cuti panjang sebab nak spend time lama sikit ngan mama tersayang. Bila dah balik, kebetulan dah nak dekat cuti sekolah, mama pulak masak tak henti-henti everyday. Enna berat dah naik berkilo-kilo, and aku apatah lagi!

Huda pulak buat surprise dengan hadiahkan homemade trifle untuk mama. Sebelum balik, singgah kat Plaza Larkin (sebelah bus station jer) untuk makan kacang phool@foul dan rojak sotong.


Huda's trifle...

Kalau nak tahu, Huda sekarang sudah semakin rajin ke dapur. Dah pandai buat lepat pisang, butter cake, trifle, buat magusto...dasyat betul minah nih. Walaupun banyak "error" dalam masakan dia, hihihi...takpe semangat nak mencuba tu bagus. So, ni kira dalam stage nak improvise sampai jadi perfect. Yeay..yeay..yeay! Huda go! Huda go!

----------------------------------------------------------

At Plaza Larkin, tak sah kalau tak makan kacang phool@foul@kacang parang kat situ. Memang sedap bila dicicah dengan roti bakar disapu mentega. Rupa dia macam kat dalam gambar tuh, nak macam kuah sos bolognese pun ada. Ada plan nak buat sendiri, tapi plan je lah. Buatnya entah bila. Sempat google cari resepi, dan jumpa resepi dari blog Sajian Bersama Ibu Manja. Kena cuba nih. Kita pastekan kat sini, in case tak jumpa balik resepi tu nanti.

And, ada satu kedai nih jual otak-otak cute. Sedap betul, memang lain dari otak-otak yang kita biasa makan kat Melaka. Betul-betul rasa ikan, ada daun kari, entahlah memang sedap sangat. Kita berani cakap memang lagi sedap compare to Melaka version.

Antara juadah lain yamg mesti kena order ialah rojak sotong merah. Sorry, gambar tak ada sebab time makan kebetulan kawan-kawan mama ada kat situ and join kitaorang makan. So, pinggan sotong, mama tengah makan, malas nak ambik gambar tengah-tengah alam orang tengah rancak berborak.


Kacang Foul dan Otak-otak yang cute...


Resepi Kacang Phool@Foul@Kacang Parang

Bahan-bahannya:
1 tin kacang parang (dilecek tapi jgn terlalu halus)
500 gm daging cincang
1 biji bawang besar (dipotong dadu kecil2)
2 ulas bawang putih (dipotong dadu kecil2)
1 sdm rempah kari daging
sedikit jintan manis (nie saya yg taruk)
sedikit buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis
sedikit garam
minyak sapi ghee

Bahan hiasan:
Bawang besar yang dicincang
Lada hijau yang dihiris
Limau kasturi dibelah dua
Telur mata sapi (digoreng dengan minyak sapi)

Cara-caranya:
1) Panaskan minyak sapi dan goreng daging cincang sesudah itu ketepikan.
2) Dengan menggunakan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bawang putih, buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis.
3) Bila dah naik bau masukkan rempah kari , sedikit jintan manis dan sedikit garam. Kacau rata.
4) Kemudian masukkan kacang parang dan 1 tin air atau secukupnya (gunakan tin kacang parang). Akhir sekali masukkan daging cincang. Kacau rata dan tutup api.
5) Hidangkan bersama telur mata sapi, bawang yang dicincang, cili hijau yang dihiris dan belahan limau kasturi.
6) Di makan bersama roti peranchi atau roti potong yang dibakar(disapu mentega atau roti kosong je pun boleh)


My lunch plate...kalau nak makan, masak sendiri...;)

Finally, we end the post for today with my simple recipe. Daging goreng kunyit basah. Cam biasa, korang kena agak-agak bahan bila masak.Enjoy!

Daging Goreng Kunyit Basah

Bahan-bahan:
Daging (hiris nipis-nipis)
Minyak (untuk tumis)
Serbuk kunyit
Bawang putih dan besar
Air asam jawa
Sos tiram
Minyak bijan
Daun ketumbar dan daun bawang
Cili padi atau merah (ketuk)
Garam dan gula

Cara-cara:
1. Gaul daging dengan kunyit.
2. Panaskan minyak. Minyak lebihkan sikit, jangan sampai berminyak pulak masakan kita nanti.
3. Masukkan daging. Ratakan biar masak sekata. Air daging akan mula keluar. Takpe, biarkan. Api tu jangan kuat sangat.
4. Masuk hirisan bawang putih, dan sedikit bawang merah. Simpan sikit bawang merah untuk masuk last nanti, dekat-dekat nak masak. Masuk sos tiram dan air asam jawa. Kalau suka masam, masuk banyak sikit air asam jawa.
5. Bila dah nak empuk daging tu (kalau rasa kering, dan daging tak empuk lagi, boleh tambah air masak sikit), masukkan minyak bijan sikit (jangan banyak, sebab bau bijan memang kuat), garam dan gula. Then masukkan lebihan bawang, daun ketumbar dan daun bawang dan cili. Tinggalkan sikit daun ketumbar dan daun bawang untuk hiasan.
6. Kacau dalam beberapa saat dan siap untuk dimakan! Boleh tambah hirisan tomato untuk hiasan.

p/s: Kalau suka halia, boleh letak sikit. Halia tak ada kat rumah, so bedal pakai apa sahaja bahan yang ada.

Sunday, November 14, 2010

NONA Photoshoot & Macaroni Mushroom Soup...

This should be the last week post, tapi that time mood memang tak ada langsung nak berblog. Maybe penat sikit kot coz of non-stop driving from JB - Melaka - KL - Melaka again.

And, alhamdulillah...last few days master resultku keluar. Fuhhh...lega betul akhirnya! So, this sem, I give myself a chance untuk relax-relax sikit, mengajar pun alhamdulillah nothing to pressure on, till at one time dah tak tahu nak buat apa kat ofis. Heee! Bagi can lah!

Thought of doing some cooking, so tengah membelek-belek, cari idea on simple recipes for me and Enna. Enna requested for kuih cara berlauk since raya puasa lagi, huhu...dah lama pun beli loyang kuih cara tu. Entah bila nak bergerak. Hopefully by next week my cooking mood is back.

Yesterday, sempat attend one of my ex-colleague's wed at Nilai and did some shopping at TAR. Congrats to Ru-z and hubby! Dah kenyang makan nasi minyak, ambik gambar ngan pengantin, terus balik Puchong, rehat jap dan keluar balik to TAR.

Tempat biasa dituju, semestinya Semua House dan jalanlah cuci mata kat gerai-gerai pasar malam kat luar tu.The girls bought few new clothes for work. Uishh...dah lama benar tak ke sana, lots of new trends going on.

Me as usual just bought things that I'm comfortable with. Searched for few slacks and blouses. Memang sekarang nih dah jarang nak nampak kelibatku berbaju kurung to office. Easier for me to move around anywhere. Fesyen tudung tak payah cakap lah, tudung rozita che wan lah, dan ada yang latest tudung yuna kot. Huda and Enna siap beli 4 helai tu, bergaya sakan lah korang yer.

Back to our actual topic of the day...boleh refer kat title entry hari ni...hahaha!

Enna had received an invitation from Karangkraf to do some photoshoot for NONA magazine 25th year celebration next year. They're searching for 25 years old girl (who born in 1986) for this coming January 2011 magazine. Apalagi, peluang jangan ditolak. So, off we headed to Karangkraf at Shah Alam (SA) last week.

The shoot supposedly started at 2 and we're still lost nowhere in SA searching for Karangkraf building at 1.30! Nasib baik the makeup lady patiently waiting for us. Membebel jugak dia nak kena buat makeup express for half an hour. While waiting for Enna, in the same studio sedang ada photoshoot for Pengantin cover magazine. Macam kenal jer budak nih, ohhh rupanya...Sheila yang masuk One in a Million tu.

Enna with the new makeover before the shoot...

Once done with the makeup, masuk studio sebelah (banyak studios kat situ), tukar baju segala bagai, baru nak pakai contact lenselah and wallah...siap! We just used the same dress for previous BIBH competition.

Ada lagi two girls came for the shoot. Diaorang dah pakai cantik siap-siap sebelum datang ke sana. Tinggal nak makeup je lah. Well, since kitaorang dah learnt from previous mistake at KL Hilton that day, we did pre-dress check kat rumah lagi, tak nak kelam kabut kat tempat/event tu nanti, and learnt to shorter the time for quick makeup ker, pakai baju, tudung, kasut and makesure semua dah check before the actual event. One of the reason, yes to organize everything nicely and importantly to ensure Enna less "gabra" tak tentu pasal sebab ni tak kena, itu tak kena (kalau dia gabra, lagi teruk kerja aku nak menenangkan dia ngan diri aku dari tension). Benda-benda remeh temeh macam nilah yang boleh merosakkan mood dan serba sedikit mencacatkan majlis/ kerja orang lain akhirnya.

Standby...ready for the shoot! One of Enna's posed.
Sebelah kiri, Cik Anis tengah bagi instruction nak buat pose style macam mana and sebelah kanan, cameraman menjalankan tugas menangkap aksi-aksi manja Enna...auuwww!
Aku pulak kat belakang diaorang nih, terkelip-kelip mata bukan sebab jakun first time tengok photo shoot, tapi sakit mata oiii dengan lampu studio yang kuat dan flash dari camera tak henti-henti!

Now, since this was her first experience posed for magazine, nampak jugaklah ke-kekokkan kat situ. Huh kesian pun ada aku tengok Enna and other two girls tried their best to pose for the best shot. Bukan senang tau. Dah macam America's Top Model challenge pun ada. Nasib baik ada si Cik Anis, person in charge for the shooting that evening, taught few posing styles.

The girls together...

The theme was plain with a touch of silver. Agak-agak masuk tak? And alhamdulillah the shoot went on smoothly though beberapa kali Enna dipaksa bukak mata luas sikit bila senyum. Bila dah penat, muka pun boleh effect jugakkan, nampak penat sikit.

Gambar kenang-kenangan sebelum pulang...myself belakang tabir je lah yer. Muka time nih memang penat giler, malu nak join bergambar sekali...huhu...!

The shoot ended around 4 plus. Penat dan perut berbunyi minta diisi, singgahlah kat area Cyber for our late lunch. Bila sampai rumah, Huda made this delicious macaroni mushroom soup for us. Yum...yum!

Macaroni mushroom soup...


Senang jer nak buat walaupun aku tak pernah buat sendiri...hahah! Tengok the two girls buat adalah. There are many versions of mushroom soup. We love campbell soup so much, lebih-lebih bila cicah with garlic bread. Here is my version from what I've seen so far. Enjoy!

For the recipe, you need to have a can of mushroom campbell soup, some macaroni, diced potato in cubes, 1 table spoon of flour, butter, a clove of garlic (diced), fresh milk, salt and pepper.

Melt a bit of butter to soft the garlic, add flour and stir for for few seconds. Add milk, potato and macaroni. You may add some plain water for less milky texture. Milk and plain water depends on your potato and macaroni quantities. Back to back, kena pandai agak-agak. After macaroni half cook, add a can of mushroom campbell soup. Kalau pekat adjustlah dengan milk, air sekali lagi. I prefer mine not too runny not too thick. You may test the soup texture at the back of the spoon. If it is nicely coated, then it should be ok. Lastly, add S&P. For extra kick, may add shredded cheese or sprinkle some oregano dried herb. Srrppp...while hot!

p/s: One In A Million by Ne-Yo. Angau jap aku dengar lagu nih. Akan di post for next entry.

Friday, September 17, 2010

Simple Raya 2010...


It has been a week of Raya celebration and now everything gonna start back to normal routine. Meaning, kerja ofis, kerja belajar yang pending dulu akan bergerak semula...huh tak besh langsung!

Kamal and Boboy dah balik Austin since Kamal dah start kelas early, Mama, Abah and Shazzy just headed to KB, to see our house there for couple days, Enna & Huda karaoke jap sekarang nih kat IOI coz Enna need to perform for her friend's wedding, Nana, tomorrow afternoon and I'm here in front of the computer blogging dengan tak mandi lagi...eee tak wangi! Hahaha!


For Raya, we just had a simple celebration, nothing fancy. Since only four of us (Me, Huda, Enna and Shazzy) at Puchong, so malam Raya we made a last minute preparation. Last minute cari baju melayu Shazzy kat Jusco, cari bahan buat rendang dan pulut kuning. That's it. Nak tunggu orang JB turun, alamat tak breakfastlah kitaorang pagi Raya.

After Raya prayer, makan-makan, bermaaf-maafan, posing-posing jap, then we straight to Banting (sebelah abah) to see the one and only left, our lovable cuty Nenek. On the way sempat ziarah kubur atuk jap. Yang ada kat rumah nenek, Pakcik's family (my cousins, Jasmin and Johan), Mak Long's family with one of my cousin, Shima had delivered her first baby about 2 months ago. Tuk Samad's family (atuk tiri) and of course yang paling dekat, Mak Ngah's family. And the next house to visit, rumah Mak Ngah, tu jer then terus balik Puchong.

Second Raya, we headed to mama's side at Kalumpang, Hulu Selangor. Ziarah kubur atuk dan nenek and singgah rumah Tok Som (mama's aunty). We didn't stay for so long as at around 4.30 p.m, we need to straight to LCCT for our 5 days vacation. Vacation on Raya? Wait for the next post ya!

And, I end up my post with rendang ayamku. Since nak bagi sikit ke Banting, so masak dalam 3 ekor ayam. Ada sekali tu, tertengok Best Wan program and Chef Wan blend limau purut sikit untuk pes rendang. Kita pun trylah jugak. Memang sedap, sebab rempah tu lebih kuat bau limau. Pulut kuning pulak, lupa nak snap photo. Tak tahu berapa kilo kita kukus, tapi banyaklah jugak dalam satu periuk besar merendam pulut. Since beli banyak kunyit hidup, kita blend banyak-banyak kunyit hidup dan tapis airnya untuk rendam pulut. Habis kuning blender aku. Cam biasa, kita masukkan jugak sikit serbuk kunyit dan asam gelugur dan rendam selama 8 jam before kukus.

Rendang, oh rendang...

Thursday, September 9, 2010

Magusto...

Panas! Panas! Panas! Jangan jealous especially orang kat Puchong atau JB sana, dengan menu sahur orang Melaka...hahaha! I repeat...SAHUR punya menu. Sahur penutup kitaorang sebelum nak raya dah esok.

Nak makan nasi...mmm..dah muak, tiap-tiap hari makan nasi. Pikir punya pikir, so terhasillah menu di bawah.

Selepas berbuka kat Jusco, shopping baju sikit (Enna yang shopping baju), then terus cari isi ayam sikit coz bahan - bahan lain dah ada kat rumah.


Piping hot from the oven...

Tengah memasak (dalam pukul 1 pagi sebab tak boleh tidur), kitaorang pun pikir lagi nama apa nak letak untuk menu yang first time kitaorang cuba. Akhirnya terhasillah nama MAGUSTO.

MA = Macaroni
GUS = Asparagus
TO = Potato

Nama tu depends on ingredients yang korang pakai. Kot-kot pakai cendawan ker, jadilah Mawanto...huhuhu!


First scoop for me...yum yum!

For not wasting our time, ayuh jenguk ke dapur kitaorang untuk melihat cara-cara membuat Magusto...

First layer: Simple Fried Macaroni


Ingredients: Macaroni, isi ayam, 2 ulas bawang putih, butter, minyak, dried oregano , tomato paste Prego, salt & pepper (S&P)

Method: Tumis bawang dalam minyak & butter. Masuk tomato paste. Kacau sebentar. Masuk ayam. Kacau lagi. Masuk macaroni. Masuk air, S&P dan tutup biar didih sampai macaroni lembut. Bila dah lembut, tutup api, masuk oregano.

We used a medium loaf pan to place the first layer (dah berbulan beli, tak ingat beli mula-mula sebab nak masak apa). Terpulang nak guna loyang bentuk apa pun. So, agak-agak ler banyak mana bahan-bahan nak masak tu.

Second layer: Cheese and Asparagus


It depends on your creativity, either to place asparagus (yang dicelur) first ke, cheese ker. Suka hati. Tapi macaroni make sure kat layer bawah sekali.


For cheesy people, add more sampai puas!

Third layer: White Sauce


Next and last layer, ku serahkan kepada Enna pula untuk membuatnya (to make it fair & square coz sahur semalam kita yang prepare).

Enna made a little twist for the normal white sauce. Erk...tahu ke apa yang normal? Mean, tumis bawang (bawang besar warna kuning dan putih yang dicincang) dalam butter, masuk tepung gandum, fresh milk & cheese. Itu normal ingredients for white sauce.

Yang lainnya ialah, Enna tumis bawang dalam butter cam biasa, tapi dia masukkan satu pek mushroom soup Campbell. Pastu untuk pekatkan lagi, tambah tepung gandum yang dibancuh dengan air. Last masuk susu, S&P.

Again for cheesey people, kalau dah gila makan cheese, kau tambah lagi dalam white sauce nih sampai...puas!

Last layer: Mash Potato

Carik-carikkan mash potato ngan garpu supaya bila bakar nanti nampak cantik jer garing part carik-carik tu...

Boil potato till soft. Rinse the water and mash. Add butter, liquid chicken stock for extra flavour (kiub pun boleh tapi larut dalam sedikit air dulu), fresh milk and S&P. For the best result, use USA potato for more fluffy texture.

Bake in preheat oven (top heat) around 160 degree celcius till the mash potato golden brown.

Eat while till hot!


A "Must Do" menu in the future...

Hasilnya...memang puas hati. Dah separuh kitaorang ngap. Jap lagi habis lah tu. Enjoy!

Wednesday, September 8, 2010

The Days at Austin...

Lusa dah nak raya. Mood raya tak ada...huhhu...entahlah. Kerja ofis, kerja belajar alhamdulillah apa yang sempat disetelkan, kita setelkan. Yang tak setel, pending jap, lepas raya jalan balik.

Baju raya...hmmm mix and match old and new stuffs. Raya sehari jer, next day...the whole family nak pergi terapi minda and badan for 5 days...waaa...tak sabar sangat dah ni!

Ok, lah...malas nak karang panjang-panjang, photos kat bawah nih, adalah serba sedikit aktiviti ku di masa lapang di Austin...

Ini memang wajib kena buat bila balik JB. Asal nampak jer muka aku balik, kena buat roti puding, takpun nasi ayam. Kali nih, nampak pear banyak jer kat rumah, kita experiment sikit tengok apa rasa. Hasilnya...licin!

Nih satu lagi, kek pisang "instant". Since kat rumah ada satu tandan pisang, abah aku bagi "arahan" buat kek pisang sapu coklat dan letak hirisan pisang lagi. Frankly, not my favourite. Even pergi Secret Recipe pun, tak suka makan choc banana cake kat situ. So, layan jer lah. Ignore hiasan topping yang bersepah-sepah tu.

Jenguk kebun mama. Ada lagi pisang setandan (ayok, apa lagi yang aku kena buat ngan pisang nih), and ada buah apa entah (pic kat atas tuh), dan bunga merah tu pun dari pokok buah kat atas tu.

Last minute, abah bagi lagi satu "arahan"....huhuhu. Pack biskut raya untuk staff dia. So, kerja aku membuat tag raya kat atas tu. Bila "bos" kata ok, baru tampal kat bekas tupperware yang cute-cute tu.

'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin"

Monday, August 23, 2010

Lagi Santapan for 2 Weeks of Ramadhan...

Apa intro aku nak tulis nih. Dah macam kebuntuan idea sejak beberapa hari nih. Macam-macam kerja ofis perlu disetelkan, so cuba mencari ruang mencelah sekejap untuk berblogging.

Nak dijadikan cerita lagi, modem streamyx kat rumah ada problem lak. Last weekend, bertapa je dalam rumah siapkan marking segala tests, quizzes, pelbagai...nak kejar cuti raya punya pasal.

For the past couple weeks, tak adalah rajin masak banyak mana sangat. Cuma sempat masak kari ayam kampung muda time balik JB. Sorry...pic tak ada lah. Tolong mama masak kul 2 pagi for sahur coz tengok mak aku dah terlonglai kepenatan kat sofa. Cop, cerita tak complete lagi.

Actually balik JB sampai malam, then pergi dinner kat Jusco, pastu sempat lagi terkejar-kejar cari ayam kampung nak masak for sahur. Terkejar sebab 2 perkara, kedai dah nak tutup and nak tengok movie!

The boys sibuk nak tengok Tekken. Oohh...cerita apa tuh. Kita discuss dalam post lain lah. Huhuhu...mama join sekali tuh!

Balik tengok Tekken, dah pukul 1 pagi. Since aku satu hari dah tidur tak ingat dunia, so bebola mata still lagi bertenaga. Untuk mengelakkan tak ada makanan untuk bersahur, nyet...nyet masuk dapur masakkan kari ayam kampungku. Huda as my assistant, since dia dah biasa kerja shift malam.

Habis sesi masak memasak ada dalam 2 jam. Chef and chef assistant pun pergi beradu jap. Bangun balik kul 5 lebih, pergi tengok lauk ngan nasi untuk sahur...huaaa!...tinggal ciput je lagi untuk kitaorang berdua! Nih melantak ke apa diorang nih! Masak dua ekor ayam tinggal beberapa ketul macam ikhlas ngan tak ikhlas je. Huda yang punya risau masak nasi banyak takut tak habis, terciput-ciput share nasi ngan aku....huhuhuhu. Nasib baik aku dah testing awal-awal takut terlepas sahur.

Apa lagi yer, mmmm...then on the next day, mama ada lah buat ikan belah belakang sikit, daging goreng kunyit ngan kentang sikit...ala kadar jer, nak elakkan pembaziran. Then malam sikit, chef assistant request nak makan roti pudding. Hmmm...layan je lah...

And kat sini ada few photos yang sempat di snap and edit dalam Picasa. Kita layan je photos kat bawah ni...

Sandwich Tuna in Crepe Roll (tak berapa roll sebab nak cepat) & Honey Lemon Ice Green Tea. Semua homemade tau dan maaf lah yer kalau decoration coral lettuces tuh macam tak kena jer...huhuhu!

If rajin terlebih, letak gula sekeliling bingkai botol gelas for decor. Nih semua sebab dah ter-over influence from AFC. Celup dalam air sikit, then celup dalam gula. Siap.

Tengok nama air nih pun dah tahu apa ingredients dia kan. Cuma nak sedap lagi, letakkan secubit garam. Guarantee tak regret punya!

Closed up pic on my tuna roll. Orang expert me-rolling tak ada kat rumah. so, hentam sajalah!

Sempoi Fried Macaroni

Bahan-bahan yang dah ada kat rumah ialah 5 minutes cook macaroni, Prego pure tomato paste, mince beef, bawang merah & putih sikit, cili padi sikit, oyster sauce, pinch of black pepper and dried oregano herb. Dah dekat nak masak sikit, masukkan cheese biar melt...mmm...yum...yum!

Hasil air tangan Cik Enna. Cuma lamb chop tu je instant. Beli yang dah siap marinade kat Jusco. Hahaha...sorry yer, tak ada aku nak bagi can cakap kau yang marinade lamb chop tuh!

Walaupun ready made marinade and terhangus sikit dimasak oleh Cik Enna, still sedap. Cover line takut tak masak dah next time!

Tepuk tangan kawan-kawan! Ya...yang ini memang betul-betul ho-liao! Made from scratch, ok! Enna used fresh potatoes, fresh milk, some herbs and apa entah lagi. Really fluffy mash potato and besh! Nak recipe, sila rujuk Cik Enna yer.

Unagi Bento set. Nih, bukan saya masak yer. Sushi King (SK) yang masak. Right now, SK is making a promotion for any kind of unagi dishes. Sapa suka belut jepun dijemput try.