I never thought of publishing my own recipe creation to the public before. Until one day, my sis ask how to cook "Nasi Tomato" for her Cyberpreneurship Week. She wanted the detail steps and at last I came out the detail recipe that never been created before (I guess) by anyone else. If you read the recipe, its quite funny the way I explain each step. My sis said "Orang yang tak reti masak pun boleh masak macam ni." [Poyo aje:)]
Whatever, here I introduce the first recipe of my own creation. The photo is not available but I will post one my own real cooking photo. Tak main la copy photo org lain.
Copyright: Cik Putri Nurul Izza Rusli
Nasi Tomato
Untuk masak satu periuk nasi biasa kat rumah yang dah berkeluarga.
Bahan-bahan:
*4 cawan beras – bersih dan toskan)
( so air nanti kena guna cawan atau gelas yg sama ketika sukat beras, 2 cawan = 3 cawan air so 4 cawan = 6 cawan air)
Tips: Kalau guna beras yg jenis keras sikit, kena tambah sikit air. E.g: 2 cawan = 31/2 cawan. Kalau beras jenis lembut sikit, takpe maintain je mcm biasa.
So, air ni bukan setakat air kosong je sebab nanti kita akan guna susu cair so sukatan susu cair kena kira sekali dalam 6 cawan tu.
* 1 cawan susu cair ( so 6 cawan – 1 cawan susu = 5 cawan air kosong)
Tips: Untuk mengelak nasi cepat basi gunalah air masak yg of course sudah dimasak..heheh)
1 tin sederhana tomato puri (guna semua sekali)
1 sudu besar serbuk kurma (Kenapa guna serbuk kurma? Jika hanya guna tomato puri semata-mata membuatkan nasi tu bila dimakan cepat muak. Kurma akan menaikkan aroma dan rasa nasi tomato tu)
2 helai daun pandan
2 biji bawang besar warna merah – hiris nipis2( bawang ni murah sikit), kalau guna bawang merah yg kecil2 tu ambik byk sikit dalam 10 biji. Yang bawang besar kuning tu ok jugak tapi tak sebest mcm bawang merah. Bawang merah lebih manis.
4 ulas bawang putih – hiris nipis2
1 1/2 inci halia – hiris nipis2 memanjang
1 btg kulit kayu manis yg besar, 2 kuntum bunga lawang & 3 biji buah pelaga
1 biji buah keras – cincang halus (yang ni optional, kalau tak nak bubuh pun takpe sbb ada sesetgh org tak suka. Ia untuk melemakkan lagi rasa nasi tomato ni)
2 sudu besar marjerin ( kalau nak guna minyak masak, minyak ghee pun boleh)
Garam dan serbuk perasa
Cara- cara untuk memasak:
1. “On” kan periuk nasi anda. Masukkan 2 sudu besar marjerin, dah cair masukkan bawang merah, putih, halia, buah keras dan tumis sekejap dalam seminit.
2. Then, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Pastu tumis lagi sampai kekuningan.
3. Then, masukkan serbuk kurma (tak payah bancuh) kacau hingga sebati, pastu masukkan tomato puri. Kalau pekat bubuh air sikit je.
4. Dah gelegak sikit masukkan beras yg dah dibasuh. Kacau perlahan2 biar sebati.
5. Then, bolehlah masukkan 5 cawan air masak, susu cair 1 cawan, garam, serbuk perasa dan daun pandan. Kacau lagi biar sebati. Pastu tutup tudung periuk.
*Tips: Nak tahu nasi tu cukup masin ke tak rasa bancuhan tu sikit. Kalau rasa tawar tambah garam sikit lagi. Hati2 jgn terlebih garam. Kebiasaannya saya bubuh dua sudu kecil garam dulu untuk 2 cawan beras. Kalau tawar baru tambah.
6. Kebiasaanya periuk nasi elektrik ni dia cepat je jadi “warm” walaupun nasi tak masak lagi. Jgn risau, biarkan aje warm sebab ketika itu nasi still tgh masak. Bila dia jadi “warm” biar dalam 20 minit. Lepas 20 min tu, perlahan2 guna sudip kayu yg leper, tolak nasi dari tepi ke depan (untuk elak nasi patah). Biar bhagian atas duk kat bawah n bahagian bawah duk kat atas. Kemudian biar nasi tu masak lagi dalm setengah jam.
7. Selepas 30 minit, rasa nasi tu sikit. Kalau tak ada rasa berkanji means nasi dah masak dengan sempurna.
8. Summarynya untuk prepare nasi ni dari prepare bhn2 hingga nak masak memakan masa 2 jam. So bolehlah estimate time tu kalau nak masak untuk lunch ke, berjual ke…hehehe
9. Bolehlah dihidangkan dengan ayam masak pedas, daging kurma ke, masak rending ke, kuah dalca, timun cuka ke, ikan masin, atau apa2 saja yang anda suka. Juga lebih enak dimakan begitu sahaja! Selamat Mencuba!
10. Dah cuba, jangan lupa untuk saya sepinggan ok!
Monday, July 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)












0 comments:
Post a Comment