Monday, November 22, 2010

Ayam Kampung Black Pepper Berserai...

Haa...ini adalah satu lagi resepi ciptaan aku the trial and error selepas ayam remsos. Resepi ni terhasil sebab tiba-tiba perut lapar, semua makanan mama masak dah habis dibaham oleh yang lain, nasi ada lagi banyak dalam periuk, nampak ayam kampung kat sink tak masak lagi dan dapur bersih semacam jer macam menjemput aku mengotorkan balik...heee!

After mintak mama's permission nak guna ayam beberapa ketul untuk experiment gila aku, terus aku cari bahan-bahan nak masak. Owhhh...ada sepeket besar lada hitam. Giler apa beli dekat setengah kilo lada hitam. Ok, black pepper into the list.

Owhhh...ada beberapa batang serai yang bulat-bulat semuanya. Carrot, tomato dan cili padi segar pun ada yang baru dibeli di Pasar Borong dekat rumah.

Pergi bahagian sos-sos dan kicap, owhhh...ada kicap ABC, ok semua masuk list.


Selepas bertungkus lumus memasak dalam 20-30 minit, siaplah untuk dimakan. Owhhh...best jugak rupanya...pedas bagi lebih biar lebih kick. Tapi kalau aku sorang jer cakap besh mesti orang kata syok sendiri. So, aku pergunakan Kamal yang kebetulan lapar macam aku untuk try makan.

Pergh...sedap giler kau masak Izza, boleh aku tambah nasi lagi? Antara ayat-ayat Kamal yang membuat aku tersengih kejap, hahahah! So, as conclusion menjadi jugak resepi aku nih kan. Nice...nice. ;) Jom kita lihat resepi!

Ayam Black Pepper Berserai

Ayam
Bawang besar hiris
Carrot
Tomato
Kicap manis dan masin
Air asam jawa
Garam dan gula (in case needed, sebab dah guna kicap)
Daun bawang dan daun ketumbar

Bahan-bahan blend:
Lada hitam
Serai (bahagian bulat tu jer ambik, batang ketuk masuk dalam masakan)
Cili padi
Halia
Bawang merah dan putih

Cara-cara:
1. Tumis bahan blend sampai naik bau.
2. Masuk ayam, gaul dan masak hampir separuh masak.
3. Masuk air asam jawa, kicap, carrot, garam dan gula.
4. Nak dekat masak, masuk tomato, bawang besar dan daun bawang dan daun ketumbar.
5. Masak sebentar, kalau nak berkuah, boleh tambah air sikit.
6. Siap! Ngap!

0 comments: