Sunday, November 21, 2010

Bedroom story, Nandos, Daging Goreng Kunyit Basah, Enna's "Bacon", Huda's Trifle, and Kacang Phool@Foul and Otak-otak at Larkin...

We've (Me & Enna) been in Austin for 5 own sweet days for relaxing, sleeping, eating, shopping again...hahaha...but not as heaven as TAR, cooking, cleaning my dusty bedroom...bla...bla...bla...


One of my best snapshot at my dressing table...

My room, owhh my...dah macam sarang tikus! Last few weeks, the house was under wiring construction. Abah cakap, ada problem masa buat wiring dulu. So, banyak plag, suis kena tutup temporarily. So, mama and abah pun berkampung kat bilik aku kat bawah aka guest room bila aku tak ada. Setiap kali balik memang totally disaster dan kesian pun ada tengok table lamps bersawang, sana debu, situ debu. Ditambah lagi, bilik tu ala-ala gua, coz no direct sunlight (cuaca panas ker, hujan ker...sejuk je memanjang) habis cadar-cadar putihku bertukar kekuningan dan kehitaman. Nampaknya kena beli cadar baru lagi dan mungkin terpaksa lupakan untuk pakai those heavy quilts. Beli cadar cotton biasa pun dah cukup.

My dressing table...huhuhu...sampai kendur structure table tu for placing lots of heavy things on it. Nak buat camner, dah beli perabot murah macam tulah jadinya. Bayangkan, dah sampai tak nampak cermin nak tilik muka, penuh dengan kotak-kotak tisulah, beg-beg plastik souvenirs dari abah yang...hai...kuat fly all over the world sekarang nih, belum tambah dengan barang kecantikan mama yang pelbagai...mana tak kendur meja tu, nasib baik tak retak jer...huhuhu!

Jadi ku clearkan semuanya, trim balik bunga hiasanku, tukar cadar baru yang memang tak sinonim langsung dengan tema bilik...yang penting it must be clean and clear!

-----------------------------------------------------

Ok, the next pic, tak ada kena mengena dengan cerita kat Austin. Saja nak letak gambar pergi makan Nandos kat Jusco, Melaka jer. Nothing special, cuma time tu hujan je tak henti-henti. Musim ramai orang sakit tekak, batuk, selsema, demam. We (Me, Enna & Fuji) had our dinner here coz it's much more cozy rather than dinner kat kedai-kedai open air kat luar. Pastu, duit gaji pun macam masuk lebih je bulan nih...hehehe, so bolehlah pergi layan Nandos.


My dinner plate and my hot tea...

Cam biasa, semua order quarter chicken with two sidelines. Mine, cam biasa rice and chips. Enna, gedik sikit, time sejuk-sejuk nilah dia nak order mango smoothies. Fujie, orang selsema teruk malam tuh (keesokannya terus MC sebab demam), order hot tea macam kita jugak.

---------------------------------------------------

Back to Austin, my cooking mood is back! Tapi masak simple-simple je lah. Kebetulan kitaorang tolak dari Melaka ke Austin lewat masa Raya Haji day, orang surau depan rumah bagi daging korban sikit. Jadi buatlah daging goreng kunyit basah kat Austin. Resepinya kita letak part last sekali.


Dua kali round masak benda nih... kesedapan punya pasal.

Bila dah nama pun daging fresh, tak payah masak cerewet-cerewet sangat, buat masak macam nih pun dah menyelerakan. Mula-mula ingat nak serahkan tugas memasak ni ke Enna. Dan inilah hasilnya bila Enna memasak daging goreng kunyit version Enna...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Enna's "bacon"!


Akhirnya, guna Enna's "bacon" for garnish. Hampeh tul budak nih.

Aihh...dia pergi goreng daging tu macam nak buat ayam goreng lah pulak. Nasib baik tak digorengnya semua, kalau tak hancus daging korban aku. Kalu bakal "tok tuo" kelih, antaro duo nok wat "nantu" ko dop nih. Tibo-tibo bunyi kelate pulop doh. Hahahah! Jadi tugasku, kenalah ajar budak ni masak daging goreng kunyit basah. Tengok betul betul, next time aku order suruh masak, kena masak macam nih! Enna dengan muka sedih pun mengangguk, "Yes Chef!"

-----------------------------------------------------

We fetched Huda at Larkin bus station on Saturday evening. Budak HSBC nih susah sikit nak dapat cuti macam budak MMU, jadi dia boleh turun time weekend jer. Oooppss lupa pulak nak wish mama for her 54th birthday on last 18 Nov. Itulah antara sebabnya kitaorang ambik cuti panjang sebab nak spend time lama sikit ngan mama tersayang. Bila dah balik, kebetulan dah nak dekat cuti sekolah, mama pulak masak tak henti-henti everyday. Enna berat dah naik berkilo-kilo, and aku apatah lagi!

Huda pulak buat surprise dengan hadiahkan homemade trifle untuk mama. Sebelum balik, singgah kat Plaza Larkin (sebelah bus station jer) untuk makan kacang phool@foul dan rojak sotong.


Huda's trifle...

Kalau nak tahu, Huda sekarang sudah semakin rajin ke dapur. Dah pandai buat lepat pisang, butter cake, trifle, buat magusto...dasyat betul minah nih. Walaupun banyak "error" dalam masakan dia, hihihi...takpe semangat nak mencuba tu bagus. So, ni kira dalam stage nak improvise sampai jadi perfect. Yeay..yeay..yeay! Huda go! Huda go!

----------------------------------------------------------

At Plaza Larkin, tak sah kalau tak makan kacang phool@foul@kacang parang kat situ. Memang sedap bila dicicah dengan roti bakar disapu mentega. Rupa dia macam kat dalam gambar tuh, nak macam kuah sos bolognese pun ada. Ada plan nak buat sendiri, tapi plan je lah. Buatnya entah bila. Sempat google cari resepi, dan jumpa resepi dari blog Sajian Bersama Ibu Manja. Kena cuba nih. Kita pastekan kat sini, in case tak jumpa balik resepi tu nanti.

And, ada satu kedai nih jual otak-otak cute. Sedap betul, memang lain dari otak-otak yang kita biasa makan kat Melaka. Betul-betul rasa ikan, ada daun kari, entahlah memang sedap sangat. Kita berani cakap memang lagi sedap compare to Melaka version.

Antara juadah lain yamg mesti kena order ialah rojak sotong merah. Sorry, gambar tak ada sebab time makan kebetulan kawan-kawan mama ada kat situ and join kitaorang makan. So, pinggan sotong, mama tengah makan, malas nak ambik gambar tengah-tengah alam orang tengah rancak berborak.


Kacang Foul dan Otak-otak yang cute...


Resepi Kacang Phool@Foul@Kacang Parang

Bahan-bahannya:
1 tin kacang parang (dilecek tapi jgn terlalu halus)
500 gm daging cincang
1 biji bawang besar (dipotong dadu kecil2)
2 ulas bawang putih (dipotong dadu kecil2)
1 sdm rempah kari daging
sedikit jintan manis (nie saya yg taruk)
sedikit buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis
sedikit garam
minyak sapi ghee

Bahan hiasan:
Bawang besar yang dicincang
Lada hijau yang dihiris
Limau kasturi dibelah dua
Telur mata sapi (digoreng dengan minyak sapi)

Cara-caranya:
1) Panaskan minyak sapi dan goreng daging cincang sesudah itu ketepikan.
2) Dengan menggunakan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bawang putih, buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis.
3) Bila dah naik bau masukkan rempah kari , sedikit jintan manis dan sedikit garam. Kacau rata.
4) Kemudian masukkan kacang parang dan 1 tin air atau secukupnya (gunakan tin kacang parang). Akhir sekali masukkan daging cincang. Kacau rata dan tutup api.
5) Hidangkan bersama telur mata sapi, bawang yang dicincang, cili hijau yang dihiris dan belahan limau kasturi.
6) Di makan bersama roti peranchi atau roti potong yang dibakar(disapu mentega atau roti kosong je pun boleh)


My lunch plate...kalau nak makan, masak sendiri...;)

Finally, we end the post for today with my simple recipe. Daging goreng kunyit basah. Cam biasa, korang kena agak-agak bahan bila masak.Enjoy!

Daging Goreng Kunyit Basah

Bahan-bahan:
Daging (hiris nipis-nipis)
Minyak (untuk tumis)
Serbuk kunyit
Bawang putih dan besar
Air asam jawa
Sos tiram
Minyak bijan
Daun ketumbar dan daun bawang
Cili padi atau merah (ketuk)
Garam dan gula

Cara-cara:
1. Gaul daging dengan kunyit.
2. Panaskan minyak. Minyak lebihkan sikit, jangan sampai berminyak pulak masakan kita nanti.
3. Masukkan daging. Ratakan biar masak sekata. Air daging akan mula keluar. Takpe, biarkan. Api tu jangan kuat sangat.
4. Masuk hirisan bawang putih, dan sedikit bawang merah. Simpan sikit bawang merah untuk masuk last nanti, dekat-dekat nak masak. Masuk sos tiram dan air asam jawa. Kalau suka masam, masuk banyak sikit air asam jawa.
5. Bila dah nak empuk daging tu (kalau rasa kering, dan daging tak empuk lagi, boleh tambah air masak sikit), masukkan minyak bijan sikit (jangan banyak, sebab bau bijan memang kuat), garam dan gula. Then masukkan lebihan bawang, daun ketumbar dan daun bawang dan cili. Tinggalkan sikit daun ketumbar dan daun bawang untuk hiasan.
6. Kacau dalam beberapa saat dan siap untuk dimakan! Boleh tambah hirisan tomato untuk hiasan.

p/s: Kalau suka halia, boleh letak sikit. Halia tak ada kat rumah, so bedal pakai apa sahaja bahan yang ada.

0 comments: