Monday, August 23, 2010

Lagi Santapan for 2 Weeks of Ramadhan...

Apa intro aku nak tulis nih. Dah macam kebuntuan idea sejak beberapa hari nih. Macam-macam kerja ofis perlu disetelkan, so cuba mencari ruang mencelah sekejap untuk berblogging.

Nak dijadikan cerita lagi, modem streamyx kat rumah ada problem lak. Last weekend, bertapa je dalam rumah siapkan marking segala tests, quizzes, pelbagai...nak kejar cuti raya punya pasal.

For the past couple weeks, tak adalah rajin masak banyak mana sangat. Cuma sempat masak kari ayam kampung muda time balik JB. Sorry...pic tak ada lah. Tolong mama masak kul 2 pagi for sahur coz tengok mak aku dah terlonglai kepenatan kat sofa. Cop, cerita tak complete lagi.

Actually balik JB sampai malam, then pergi dinner kat Jusco, pastu sempat lagi terkejar-kejar cari ayam kampung nak masak for sahur. Terkejar sebab 2 perkara, kedai dah nak tutup and nak tengok movie!

The boys sibuk nak tengok Tekken. Oohh...cerita apa tuh. Kita discuss dalam post lain lah. Huhuhu...mama join sekali tuh!

Balik tengok Tekken, dah pukul 1 pagi. Since aku satu hari dah tidur tak ingat dunia, so bebola mata still lagi bertenaga. Untuk mengelakkan tak ada makanan untuk bersahur, nyet...nyet masuk dapur masakkan kari ayam kampungku. Huda as my assistant, since dia dah biasa kerja shift malam.

Habis sesi masak memasak ada dalam 2 jam. Chef and chef assistant pun pergi beradu jap. Bangun balik kul 5 lebih, pergi tengok lauk ngan nasi untuk sahur...huaaa!...tinggal ciput je lagi untuk kitaorang berdua! Nih melantak ke apa diorang nih! Masak dua ekor ayam tinggal beberapa ketul macam ikhlas ngan tak ikhlas je. Huda yang punya risau masak nasi banyak takut tak habis, terciput-ciput share nasi ngan aku....huhuhuhu. Nasib baik aku dah testing awal-awal takut terlepas sahur.

Apa lagi yer, mmmm...then on the next day, mama ada lah buat ikan belah belakang sikit, daging goreng kunyit ngan kentang sikit...ala kadar jer, nak elakkan pembaziran. Then malam sikit, chef assistant request nak makan roti pudding. Hmmm...layan je lah...

And kat sini ada few photos yang sempat di snap and edit dalam Picasa. Kita layan je photos kat bawah ni...

Sandwich Tuna in Crepe Roll (tak berapa roll sebab nak cepat) & Honey Lemon Ice Green Tea. Semua homemade tau dan maaf lah yer kalau decoration coral lettuces tuh macam tak kena jer...huhuhu!

If rajin terlebih, letak gula sekeliling bingkai botol gelas for decor. Nih semua sebab dah ter-over influence from AFC. Celup dalam air sikit, then celup dalam gula. Siap.

Tengok nama air nih pun dah tahu apa ingredients dia kan. Cuma nak sedap lagi, letakkan secubit garam. Guarantee tak regret punya!

Closed up pic on my tuna roll. Orang expert me-rolling tak ada kat rumah. so, hentam sajalah!

Sempoi Fried Macaroni

Bahan-bahan yang dah ada kat rumah ialah 5 minutes cook macaroni, Prego pure tomato paste, mince beef, bawang merah & putih sikit, cili padi sikit, oyster sauce, pinch of black pepper and dried oregano herb. Dah dekat nak masak sikit, masukkan cheese biar melt...mmm...yum...yum!

Hasil air tangan Cik Enna. Cuma lamb chop tu je instant. Beli yang dah siap marinade kat Jusco. Hahaha...sorry yer, tak ada aku nak bagi can cakap kau yang marinade lamb chop tuh!

Walaupun ready made marinade and terhangus sikit dimasak oleh Cik Enna, still sedap. Cover line takut tak masak dah next time!

Tepuk tangan kawan-kawan! Ya...yang ini memang betul-betul ho-liao! Made from scratch, ok! Enna used fresh potatoes, fresh milk, some herbs and apa entah lagi. Really fluffy mash potato and besh! Nak recipe, sila rujuk Cik Enna yer.

Unagi Bento set. Nih, bukan saya masak yer. Sushi King (SK) yang masak. Right now, SK is making a promotion for any kind of unagi dishes. Sapa suka belut jepun dijemput try.

0 comments: